Rabu, 13 November 2013

Untuk mereka,



 
Untuk mereka,
Saudara ku tercinta.

Sungguh ku hilang kata,
Melihatkan senjata diacu atasmu di kepala,
Matamu memandang tajam, berkaca....
Dan aku masih di sini, riang bercanda.

Untuk mereka,
Saudaraku tercinta.

Entah hanya di bibir sahaja ungkapan cinta,
Sedang ku berpeluk tubuh berdiam sahaja,
Rumahmu diroboh musuh durjana,
Ayahmu dikau tak tahu di mana, mungkin juga sudah di syurga.

Untuk mereka,
Saudaraku tercinta.

Ku ingin melihat burung merpati putih itu bebas,
Si helang itu terbang menggagah di langit tinggi,
AlQuds itu kembali diimarah si kecil mahupun si bongkok berusia,
Mentari menyinar terang membasahi senyum ibu si tua.

Sungguh,
Keinginanmu itu melebihi segala,
Akan ku usaha apa yang terdaya,
Walau sekecil zarah cuma.

Duhai saudaraku tercinta,
Moga kita bertemu lagi di syurga,
Moga Allah izinkan untuk kita semua,
Syahid menjadi pakaian saat maut menjelma
 
:')

Tiada ulasan:

Catat Ulasan