Ramadhan tiba lagi. Sudahkah kita bersyukur atas nikmat yang sedang kita kecapi ini? Sudahkah kita bersyukur kita dapat bertemu lagi dengan bulan mulia ini? Kita di sini, dapat bertemu lagi dengan Ramadhan. Ada yang di sana, mereka tak menemui Ramadhan kerana telah menyahut seruan Ilahi.
Mari kita saling ingat-mengingati dan saling berpesanan. Ramadhan kembali, jadi, mari ubah diri!
Kalau sebelum ni, kita suka sangat mesej2 suka suki tanpa tujuan dengan lelaki/perempuan bukan mahram, cuba dalam bulan puasa ni, kita jaga tangan kita daripada mesej2 yang tak bermanfaat tu. Didik tangan kita pegang Al-Quran dan baca mesej2 cintaNya.
Kalau sebelum ni, kita suka sangat mengumpat dan mengata orang, cuba dalam bulan puasa ni, kita jaga mulut kita daripada bercakap yang sia2 dan berdosa tu. Ajar mulut kita untuk lebih banyak sebut Ilahi.
Kalau sebelum ni, kita suka sangat dengar gosip2 artis, lagu2 jiwang yang melalaikan jiwa, cuba dalam bulan puasa ni, kita jaga telinga kita daripada dengar benda2 lagha tu. Ce kita dengar ceramah/kuliah kat masjid pulak.
Kalau sebelum ni, mata kita suka melilau tengok lelaki hensem/perempuan cun dan seksi, cuba dalam bulan puasa ni, kita jaga mata kita daripada pandang benda2 lagha tu. Asuh mata kita untuk tengok alam yang indah ini. Mata melihat, sambil hati berzikir.
Kalau sebelum ni, kita suka sangat dedahkan aurat, baik lelaki/perempuan, cuba dalam bulan puasa ni, kita jaga dan tutup aurat ita sebaiknya. Pakailah tudung mengikut syariat dan pakai pakaian yang longgar dan menutup aurat serta stokin (untuk perempuan). Pakai seluar panjang ye walaupun nak pergi main bola (untuk lelaki).
Kalau sebelum ni, kita suka sangat cari pasal dan asyik nak bergaduh saja, cuba dalam bulan puasa ni, kita tahan diri kita daripada rasa nak bergaduh. Kalau ada orang cari pasal dengan kita, saja nak buat kita bengang, kita beritahu dia : “Sesungguhnya aku berpuasa..”
Kalau sebelum ni, kita suka sangat buat jahat, buat maksiat tak kira masa dan tempat, cuba dalam bulan puasa ni, kita jaga diri kita. Baiki diri kita untuk jadi baik, jadi ahli ibadah. Bukan nak hipokrit. Tapi, itu sebenarnya fitrah kita yang bergelar manusia. Nakkan kebaikan dan nak masuk Syurga. Kan? So, yang buat jahat itulah sebenarnya yang hipokrit.
Hayati Ramadhan kali ini, anggaplah ia Ramadhan terakhir untuk diri, pasti kita akan bersungguh-sungguh menjayakan misi Ramadhan tahun ini, ingin bertaubat dan kembali semula pada Ilahi.
Cuba, usaha dan mujahadahlah!
Mulanya, mungkin memang perit dan susah.
Tapi lama-lama, kita akan terbiasa.
Kalau pun payah sangat, cubalah sekurang2nya dalam bulan puasa.
Moga kelak, kita akan terbiasa dengan kebaikan yang kita lakukan kerana-Nya. :’)
Semoga kita berjaya untuk istiqamah!
~Biasakan dan paksa dirimu untuk melakukan kebaikan, agar kejahilan yang sudah terbiasa dalam dirimu dapat ditinggalkan.~
Oh ye! Ni nak kongsi. Hati-hati dengan hadis palsu ye!
http://soaljawab.wordpress.com/2008/09/02/kepalsuan-hadith-fadhilat-terawikh-bagi-setiap-malam/
Boleh tambah ilmu tentang Ramadhan di sini : -
1) http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/594-ramadhan-apa-perlu-faham-a-buat.html
2) http://fikrahhalaqah.com/tersirat-dan-tersurat-ramadan/
3) http://soaljawab.wordpress.com/2007/09/10/doa-ramadhan-malaikat-jibril-benarkah-ia-wujud/
4) http://saifulislam.com/2013/07/ramadan-di-sebalik-kehebatan-tawaran-itu/
5) http://muzir.wordpress.com/
6) http://wana93.wordpress.com/2011/07/31/peluang-ramadhan-bersyukurlah/
***Kebiasaannya, saya sihat tatkala menyambut kedatangan Ramadhan. Tahun ini, Allah beri saya peluang merasai demam, muntah, pening2 dan batuk2 di awal kedatangan Ramadhan. Alhamdulillah. Saya memang jarang merasai sakit sebegini. Tapi, kalau dah kena, agak teruk juga, tu yang sampai muntah2. Pernah dulu, sampai seminggu. Makan je, muntah. Makan je, muntah. Tapi kali ni, 3 hari saja perit yang dirasa. Alhamdulillah, saya dah semakin sihat dan bersemangat nak melalui bulan mulia ini. Tinggal batuk2 saja. Moga ia dapat jadi penghapus dosa dan sucikan jiwa saya untuk menghadapi Ramadhan kali ini. Hargailah nikmat sihat dan masa lapang ye.***
SELAMAT MENIKMATI RAMADHAN AL-MUBARAK… SEMOGA ALLAH REDHA AKAN KITA SEMUA… REBUTLAH GANJARAN-NYA, SELAGI DENYUT NADI KITA MASIH BERNAFAS… :’)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan